Saturday, 4 January 2014

Tak kenal Maka tak Cinta


Baginda adalah insan yang sempurna.Mungkin cendekiawan Barat mengatakan " Tiada siapa yang Sempurna " tetapi di dalam Islam insan yang sempurna adalah Muhammad bin Abdullah iaitu Rasulullah kekasih Allah . <3 Baginda teladan yang baik untuk kita . Dan sebaik-baik akhlak adalah Rasulullah S.A.W . :) Sesungguhnya Allah berfirman :


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).


Murobbi pernah berpesan jika cintakan seseorang kita pasti melakukan apa yang dia lakukan.Bagi same gituu.Sweet kan :* Nah,begitu juga Rasulullah ..  Masih ramai yang tidak tahu tentang sunnah baginda iaitu perbuatan harian2nya.


Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun[1].


Marilah kita Mengamalkan sunnah rasulullah. Tak susah pun. setiap perbuatan baginda ada kebaikannya yang tidak kita ketahui.Jadi apalagi yang harus diragukan. :) Antara sunnah Rasulullah S.A.W

 1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya

 2. Menjaga Dan Memelihara Wudhu

 3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)

 4. Shalat Istikharah

 5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cidukan Telapak Tangan Ketika  Berwudhu

 6. Berwudhu Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan Posisi Miring Ke Kanan

 7. Berbuka Puasa Dengan Makanan Ringan

 8. Sujud Syukur Saat Mendapatkan Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana

 9. Tidak Begadang Dan Segera Tidur Selesai Shalat Isya`

 10. Mengikuti Bacaan Muadzin

 11. Berlumbaa Untuk Mengumandangkan Adzan, Bersegera Menuju Shalat, Serta Berupaya Untuk Mendapatkan Shaf Pertama.

 13. Mengibaskan tempat tidur Saat Hendak Tidur

 14. Meruqyah Diri Dan Keluarga

 15. Berdoa Saat Memakai Pakaian Baru

 16. Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil

 17. Berwudhu Sebelum Mandi Besar (Mandi Junub)

 18. Membaca ‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum

 19. Mengeraskan Suara Saat Membaca Zikir Setelah Shalat

 20. Membuat Pembatas Saat Sedang Shalat Fardhu Atau Shalat Sunnah

 21. Senyuman .

 22. Bercelak .

 23. Memakai cincin di jari kanan .

 24. Memakan menggunakan tiga jari

 25. Menjilat jari selepas makan
 
 26. Bersilaturrahim

 27. Ziarah orang sakit

 28. Berbica lalu mengulangi 3 kali agar lebih difahami oleh pendengar

 29. Bersedekah

 30. Melakukan solat dhuha * solat sunat *

 31. Selalu berzikir

 32. Membaca 3 kul sebelum tidur *  Surah Al-Ikhlas,Al-Falaq,An-Nas*

 33. Takbir dan tasbih ketika tidur

 34. Berdo'a ketika waktu malam

 35. Membaca doa selepas bangun tidur

 36. Berwudhu' sebelum mandi

 37. Membaca do'a selepas wudhu'

 38. Jimat menggunakan air

 39. Pergi ke masjid awal

 40. Pergi ke masjid dengan berjalan kaki

 41. Segera Berbuka Puasa

 42. Puasa Tiga Hari Setiap Bulan

 43. Puasa Hari Asyura dan Arafah

 44. Pilih Seorang Ketua
 
 45. Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah

 44. Membunuh Cicak

 45. Menghilangkan Gangguan Jalan

 46. Menjauhi Marah

 47. Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah

 48. Aqiqahkan Anak

 49. Mendoakan Orang Yang Bersin

 50. Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa

#Smoga dapat beramal dengan isitiqamah walaupun satu ^__^